Panduan Mengisi Borang Prestasi 2012

Panduan Mengisi Borang Prestasi 2012
Disertakan cara mengisi Borang Prestasi 2011 
bagi guru dan staf sokongan 

Tindakan bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) 

1.Menerima Borang Laporan Prestasi yang betul.

2.Mengisi nombor Kad Pengenalan (penjuru atas kanan), nombor fail peribadi (bawah nombor Kad Pengenalan) dan Tahun 2012. 

3.Mengisi Bahagian I – Makluman Pegawai. 

Nama : ..............................SHUHEMI BIN MAT NORDIN .............. 
Jawatan dan Gred : .............PPP SISWAZAH GRED DG41...... 
Kementerian/Jabatan : ........SM CLIFFORD TAIPING.......................

4.Mengisi Bahagian II 
- Kegiatan dan Sumbangan di Luar tugas rasmi. 
Contoh : 
Kelab Guru & Staf - Pengerusi 
Surau Hijau Kg Rahmat - Jawatankuasa 
PSKDS - ahli 
Yayasan AmalMalaysia Caw Trg-ahli 
PERHATIAN : Jika Kegiatan dan Sumbangan di luar tugas rasmi tidak diisi oleh PYD, sila catatkan ’TIADA’, PPP dan PPK akan memberikan markah 0 bagi bahagian ini. Markah 5 layak jika ada di 3 peringkat secara aktif bagi Komuniti / Jabatan / Daerah / Negeri / Negara / Antarabangsa 
- mengisi latihan yang dihadiri tahun 2011 
(Sama seperti dalam Kad Pelaporan Latihan KPM Tahun 2011 = Kad BIRU) 
Contoh : 
Kursus Pengurusan Aset 15-18.3.2011 Hotel Midtown , Kuala Terengganu.
- mengisi senarai latihan yang diperlukan 
Contoh : Kursus ’Ms Access’ ICT sebab : Pengisian Data Sekolah 
- Tandatangan PYD dan tarikh 

5.Mengisi LAMPIRAN ’A’ 

5.1 Bahagian I 
- Penetapan Sasaran Kerja Tahunan 
- Boleh disediakan dalam bentuk Lampiran 
- Senarai aktiviti/projek dan petunjuk prestasinya. 
- Tandatangan PYD dan tarikh. 
(Jika disediakan Lampiran sila tandatangan pada lampiran 
tersebut dan tandatangan juga pada borang) 

5.2 Bahagian II - Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan Pertengahan Tahun 
- Aktiviti / Projek yang ditambah 
Contoh : 
Aktiviti LINUS Semua pelajar tahun 1 
(42 orang) pada 5.09.2011 , kos RM400.00 

- Aktiviti / Projek yang digugurkan 
Contoh : 
Kem GALUS bagi murid tahun 6 seramai 12 orang 

5.3 Bahagian III - Laporan dan Ulasan Pencapaian SKT pada akhir tahun 2011 
Contoh : 
Semua Sasaran Kerja Tahunan / aktiviti / projek telah dicapai sepenuhnya 100%. 
- Tandatangan PYD dan tarikh. 

MAKLUMAN DAN TINDAKAN 

1. Tarikh yang ditetapkan : Sila rujuk surat dari Jabatan Pelajaran TRG Ruj:J.Pel.Trg.(SULIT) 0000 bertarikh 00 September 2010 bagi Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia dan Urusan Laporan Penilaian Prestasi 2011. 
Tarikh bagi Pegawai Penilai Pertama 3.11.2011 
Tarikh bagi Pegawai Penilai Kedua 17.11.2011 
Tarikh LNPT dihantar ke PPD/JPN 1.12.2011

2. Sediakan mengikut bilangan salinan dan arahan yang ditetapkan. 

3. Pengetua / Guru Besar diminta mematuhi perkara berikut : 
• Menentukan proses tindakan pelaksanaan Sistem Penilaian Presasi mengikut jadual yang ditetapkan 
• Borang LNPT diedarkan kepada semua pegawai di sekolah iaitu Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru Penolong, Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir, Kakitangan Sokongan, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Juruteknik Komputer. 
Borang JPA (Prestasi) 1/2002 (MERAH JAMBU) bagi JUSA 
Borang JPA (Prestasi) 2/1002 (BIRU) bagi Gred Khas/Guru Pakar 
Borang JPA (Prestasi) 3/2002 (HIJAU) bagi Pengurusan & Profesional 
(Gred 41 hingga 54) 
Borang JPA (Prestasi) 4/2002 (KUNING) bagi Sokongan I 
(Gred 17 hingga 32) 
Borang JPA (Prestasi) 5/2002 (COKLAT) bagi Sokongan II 
(Gred 1 hingga 14) 
• Melengkapkan Borang LNPT oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) 

4. Tahap Pemarkahan Prestasi 
Kurang 50.00 adalah Tidak memuaskan (Tidak layak Pergerakan Gaji) 
50.00 – 79.99 adalah Memuaskan 
80.00 – 89.99 adalah Baik 
90.00 – 100 adalah Cemerlang 

Sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulangkaji 1C Sains 8 oktober 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Result Test DST 1C 2 Oktober 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS