Musical Theater Red Riding Hood SKKP 2014



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perhatian kepada cikgu kelas, kaedah SPS 2014



Perhatian kepada cikgu kelas

sila daftar nama murid sahaja, bahagian alamat dan data2 lain tak perlu, cuma key in nama murid sahaja.PPD nak sebelum 15 hb cikgu, mohon kerjasama
segera.

1. Sila taip 


2. Username = No kad pengenalan cikgu diikuti .ABA6024   ...contoh : 800708035395.ABA6024

(Pastikan ABA itu huruf besar, semuanya didekatkan)

3. password = no kad pengenalan cikgu

4. Kali pertama masuk, sila isikan kata laluan semasa iaitu No IC cikgu, kalau boleh kata laluan baru pun biar kekalkanlah No IC cikgu juga, susah nanti nak ingat kalau pakai yang lain

5.Klik Sistem Pengurusan Sekolah ( paling atas baris kedua jika cikgu tak jumpa cari)

6.Klik Sekolah Saya ( atas sekali tepi belah kanan baris ke 3)

7.Anda kini sedang berada dalam url ini bukan? -> https://sps.1bestarinet.net/SPS/sms/camms/mySchoolMenu.jsp

Sekarang, cuba hapuskan perkataan mySchoolMenu.jsp dan gantikan dengan schoolAdminMenu.jsp dan tekan ENTER. URL baru anda akan kelihatan seperti ini -> https://sps.1bestarinet.net/SPS/sms/camms/schoolAdminMenu.jsp 

8.Klik Selenggara Maklumat Murid ( di bawah Pengurusan Murid )

9.Klik Pilih tahap ( belah kanan ) dan pilih tahap kelas cikgu

10.Klik Pilih kelas ( sebelah tu je ) dan pilih kelas cikgu

11. Klik > Tambah Murid ( tengok belah kiri bawah ikon Selenggara maklumat murid )

12. Masukkan nama murid, di bahagian lain, boleh taip abjad tunggal sahaja utk cukup syarat ( cikgu akan edit pada lain hari nanti ), jangan tinggalkan kosong di bahagian yg bertanda * tu

Boleh aje tanda A ke B ke asalkan ada huruf, takpe lain kali boleh edit balik

bahagian katalaluan di bawah sekali, masukkan No IC cikgu kat situ dan kemudian klik Simpan ..

13. Ulangi langkah 9 hingga 12 untuk semua murid cikgu yang lain, yang penting, Nama murid dulu, maklumat lain boleh isi pada hari lain, kali ni nak nama murid sahaja sudah cukup ..

14. Lepas cikgu dah siap semua key in nama murid, boleh klik log out ...


Sekian terima Kasih Cikgu ...Dari cikgu wan dan cikgu paezah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merentas Desa Februari 2014











  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KSSR English Year 2 Planning




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual Baru


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Science Test 6U 3 April 2013


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Prestasi 1C Mac 2013 Sains KSSR


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual Waktu Aku 2013


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus KSSR Muzik Tahun 3

HARI / MASA

7.30 – 8.30

8.30 - 10.00


R
E
H
A
T

10.30 – 11.30

11.30 – 12.30

12.30 – 2.00

2.00 – 4.00

RABU
(3 OKT 2012)

PENDAFTARAN
PESERTA KURSUS

UMUM KSSR DAN
PENAAKULAN
(NAROL)

DSK & PANDUAN PENGAJARAN
(NAROL)

REKODER 1
(ZURAIDY)

MAKAN
TGH HARI

REKODER 2
(ZURAIDY)

KHAMIS
(4 OKT 2012)

8.00 – 10.00


R
E
H
A
T

10.30 – 12.30

12.30 – 2.00

2.00 – 4.00

CERITA DAN LAGU
(MAIZATUL & FARAH)

PENGHASILAN MUZIK
(MAIZATUL & FARAH)

MAKAN
TGH
HARI

BENGKEL RPH
(NAROL & ZURAIDY)

JUMAAT
(5 OKT 2012)

8.00 – 9.00

9.00 – 10.00


R
E
H
A
T

10.30 - 12.30

12.30 - 2.00

2.00 – 4.00

PBS UMUM
(FARAH)

BENGKEL PBS
(FARAH & MAZLINA)

BENGKEL PBS 2
(FARAH & MAZLINA)

MAKAN
TGH HARI

PERBENTANGAN KUMPULAN

SABTU
(6 OKT 2012)





8.00 – 10.00

R
E
H
A
T

10.30 – 12.30

12.30 – 2.00

2.00 PETANG

PEMBENTANGAN KUMPULAN


PENTAKSIRAN HASIL PERBENTANGAN
(FARAH & MAZLINA)

MAKAN
TGH HARI


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Panduan Mengisi Borang Prestasi 2012

Panduan Mengisi Borang Prestasi 2012
Disertakan cara mengisi Borang Prestasi 2011 
bagi guru dan staf sokongan 

Tindakan bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD) 

1.Menerima Borang Laporan Prestasi yang betul.

2.Mengisi nombor Kad Pengenalan (penjuru atas kanan), nombor fail peribadi (bawah nombor Kad Pengenalan) dan Tahun 2012. 

3.Mengisi Bahagian I – Makluman Pegawai. 

Nama : ..............................SHUHEMI BIN MAT NORDIN .............. 
Jawatan dan Gred : .............PPP SISWAZAH GRED DG41...... 
Kementerian/Jabatan : ........SM CLIFFORD TAIPING.......................

4.Mengisi Bahagian II 
- Kegiatan dan Sumbangan di Luar tugas rasmi. 
Contoh : 
Kelab Guru & Staf - Pengerusi 
Surau Hijau Kg Rahmat - Jawatankuasa 
PSKDS - ahli 
Yayasan AmalMalaysia Caw Trg-ahli 
PERHATIAN : Jika Kegiatan dan Sumbangan di luar tugas rasmi tidak diisi oleh PYD, sila catatkan ’TIADA’, PPP dan PPK akan memberikan markah 0 bagi bahagian ini. Markah 5 layak jika ada di 3 peringkat secara aktif bagi Komuniti / Jabatan / Daerah / Negeri / Negara / Antarabangsa 
- mengisi latihan yang dihadiri tahun 2011 
(Sama seperti dalam Kad Pelaporan Latihan KPM Tahun 2011 = Kad BIRU) 
Contoh : 
Kursus Pengurusan Aset 15-18.3.2011 Hotel Midtown , Kuala Terengganu.
- mengisi senarai latihan yang diperlukan 
Contoh : Kursus ’Ms Access’ ICT sebab : Pengisian Data Sekolah 
- Tandatangan PYD dan tarikh 

5.Mengisi LAMPIRAN ’A’ 

5.1 Bahagian I 
- Penetapan Sasaran Kerja Tahunan 
- Boleh disediakan dalam bentuk Lampiran 
- Senarai aktiviti/projek dan petunjuk prestasinya. 
- Tandatangan PYD dan tarikh. 
(Jika disediakan Lampiran sila tandatangan pada lampiran 
tersebut dan tandatangan juga pada borang) 

5.2 Bahagian II - Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan Pertengahan Tahun 
- Aktiviti / Projek yang ditambah 
Contoh : 
Aktiviti LINUS Semua pelajar tahun 1 
(42 orang) pada 5.09.2011 , kos RM400.00 

- Aktiviti / Projek yang digugurkan 
Contoh : 
Kem GALUS bagi murid tahun 6 seramai 12 orang 

5.3 Bahagian III - Laporan dan Ulasan Pencapaian SKT pada akhir tahun 2011 
Contoh : 
Semua Sasaran Kerja Tahunan / aktiviti / projek telah dicapai sepenuhnya 100%. 
- Tandatangan PYD dan tarikh. 

MAKLUMAN DAN TINDAKAN 

1. Tarikh yang ditetapkan : Sila rujuk surat dari Jabatan Pelajaran TRG Ruj:J.Pel.Trg.(SULIT) 0000 bertarikh 00 September 2010 bagi Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia dan Urusan Laporan Penilaian Prestasi 2011. 
Tarikh bagi Pegawai Penilai Pertama 3.11.2011 
Tarikh bagi Pegawai Penilai Kedua 17.11.2011 
Tarikh LNPT dihantar ke PPD/JPN 1.12.2011

2. Sediakan mengikut bilangan salinan dan arahan yang ditetapkan. 

3. Pengetua / Guru Besar diminta mematuhi perkara berikut : 
• Menentukan proses tindakan pelaksanaan Sistem Penilaian Presasi mengikut jadual yang ditetapkan 
• Borang LNPT diedarkan kepada semua pegawai di sekolah iaitu Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru Penolong, Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir, Kakitangan Sokongan, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Juruteknik Komputer. 
Borang JPA (Prestasi) 1/2002 (MERAH JAMBU) bagi JUSA 
Borang JPA (Prestasi) 2/1002 (BIRU) bagi Gred Khas/Guru Pakar 
Borang JPA (Prestasi) 3/2002 (HIJAU) bagi Pengurusan & Profesional 
(Gred 41 hingga 54) 
Borang JPA (Prestasi) 4/2002 (KUNING) bagi Sokongan I 
(Gred 17 hingga 32) 
Borang JPA (Prestasi) 5/2002 (COKLAT) bagi Sokongan II 
(Gred 1 hingga 14) 
• Melengkapkan Borang LNPT oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) 

4. Tahap Pemarkahan Prestasi 
Kurang 50.00 adalah Tidak memuaskan (Tidak layak Pergerakan Gaji) 
50.00 – 79.99 adalah Memuaskan 
80.00 – 89.99 adalah Baik 
90.00 – 100 adalah Cemerlang 

Sekian, terima kasih.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ulangkaji 1C Sains 8 oktober 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Result Test DST 1C 2 Oktober 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian Berkomputer KSSR DST 1 Cerdik 13 September 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul

BUAT RENUNGAN PARA PELAJARKU DAN EXSTUDENTKU YG KINI BERGELAR GURU:

Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul

Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…


A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…
biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,
Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.
Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah
jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah
tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu
peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan
untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang
dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….
Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….
Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu
berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…
yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik
angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.
Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.
Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung
aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan
selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya
engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa
mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
menghargai dan menghormati jasa guru-guru.KREDIT TO CIKGU
Siti Salamah Mohd Yusof

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Test Grammar 3P 11 September


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jadual Waktu Kelas Wei


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMETAAN EVIDENS MAC 2012 KSSR DUNIA SAINS TEKNOLOGI TAHUN 1


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PEMETAAN EVIDENS FEBRUARI DUNIA SAINS TEKNOLOGI TAHUN 1


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH PEMETAAN EVIDENS KSSR DUNIA SAINS TEKNOLOGI 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ujian Grammar Online kelas 3P 3 September 2012


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS